Hibah

Hibah Takaful – Kenapa Anda Perlukannya?

Sekarang rasanya makin kerap anda melihat perkongsian mengenai hibah di media sosial seperti di Facebook dan juga Instagram. 

Sebenarnya masih ramai lagi yang belum tahu apa yang dimaksudkan dengan hibah dan apa kepentingannya kepada anda, pasangan dan keluarga.

Masih ramai lagi yang bersikap skeptikal apabila ada yang menawarkan pelan hibah dan sebagainya.

Bagi mereka, pasti si penawar samada ejen atau perunding kewangan itu cuma ingin “menjual” semata-mata dan bukan untuk membantu mereka.

Di sinilah silapnya.

Kebanyakan perunding kewangan akan bertanya dan melakukan kaji selidik mengenai setiap individu yang berminat dan hanya akan menawarkannya pada kadar mampu milik sahaja.

Namun, serendah-rendah nilai yang anda bayar untuknya, sangat besar jumlahnya kepada pasangan atau keluarga anda jika berlaku kematian terhadap anda.

Bayangkan jika berlaku kematian kepada anda atau pasangan anda hari ini, berapa atau apa yang ada untuk ditinggalkan?

.

Perebutan Harta Pusaka

.

Hibah
Gambaran perebutan harta pusaka. Credit : Utusan Digital

.

Pernah dengar kisah-kisah perebutan harta pusaka saat berlaku kematian?

Waris-waris si mati tiba-tiba sahaja muncul untuk menuntut hak dan bahagian masing-masing tanpa memperdulikan keadaan pasangan dan anak-anak si mati.

Proses pengurusan harta pusaka sahaja sudah memakan ribuan sehingga puluhan ribu.

Belum lagi proses untuk menukar nama dan sebagainya.

Kiralah berapa bahagian yang tinggal untuk pasangan dan anak-anak si mati.

Bayangkan jika yang terpaksa menanggung semua itu adalah pasangan dan anak-anak anda.

.

Bagaimana Hibah Akan Membantu Anda?

.

Hibah

.

Sebelum itu, izinkan saya berkongsi apa maksud hibah yang sebenarnya kepada anda terlebih dahulu.

.

Maksud Hibah

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). 

.

Beza Hibah dan Wasiat

Ia berbeza dengan wasiat.

Wasiat merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. 

Hibah merupakan salah satu daripada amalan-amalan sunat dan sangat digalakkan di dalam Islam, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“…dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)

.

Kelebihan Hibah

.

.

Dalam bahasa mudahnya, anda boleh fahamkan hibah sebagai hadiah.

Semasa hayatnya, si mati boleh menetapkan siap-siap kepada siapa (penama) yang akan menerima hibah tersebut.

Pemberian ini pula boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira ahli keluarga, bukan ahli keluarga dan agama.

Ia tidak tertakluk kepada pembahagian pusaka dan faraid jika berlaku kematian kepada anda.

Tiada siapa yang berhak ke atas hibah tersebut selain daripada penama yang anda telah tetapkan.

Ia sangat berbeza dengan faraid kerana hak dan bahagian waris-waris kepada si mati adalah berdasarkan hukum dan telah ditentukan di dalam Undang-Undang Syariah.

Ia juga sangat besar nilainya dan akan sangat membantu pasangan dan keluarga si mati.

.

Berapa Nilai Tersebut dalam Wang Ringgit?

.

Hibah

.

Ia mempunyai pakej yang berbeza dan setiap satunya memerlukan anda untuk mengeluarkan perbelanjaan yang berbeza.

Sebagai contoh, pakej hibah takaful PruBSN WarisanPlus memberikan hibah minimum RM350,000.

Pampasan kemalangan pula adalah sehingga 6 kali ganda.

Semua ini dengan komitmen bulanan serendah RM100 sahaja.

Jika anda menyimpan sendiri RM100 untuk diberikan kepada keluarga anda setiap tahun selama 10 tahun, hanya RM12,000 sahaja yang anda akan tinggalkan kepada keluarga anda.

Mungkin RM100 masih tinggi buat anda di zaman ekonomi yang mencabar ini.

Anda tak perlu risau kerana saya akan bantu anda dapatkan pakej yang paling sesuai dengan kemampuan anda.

Begitu juga jika anda ingin tinggalkan jumlah yang lebih besar kepada keluarga anda jika anda sudah tiada.

Saya boleh bantu anda mendapatkan jumlah semaksimum mungkin sesuai dengan kemampuan anda.

Untuk informasi lanjut, saya mohon jasa baik anda untuk klik button di bawah untuk anda baca lebih lanjut mengenai pakej hibah yang ditawarkan.

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *