PruBSN Setia

Memberi perlindungan perubatan dan kewangan yang komprehensif, tidak kira apa keperluan anda

Manfaat kematian dan hilang

Lindungi masa depan orang tersayang anda dengan memberi perlindungan kewangan apabila anda sudah tiada disisi mereka agar anda dapat menikmati setiap saat bersama mereka sekarang.

Perlindungan untuk 43 penyakit kritikal

Terima manfaat tunai sebaik sahaja anda didiagnos dengan salah satu daripada 43 penyakit kritikal agar anda bersedia merawat penyakit-penyakit ini yang telah meragut banyak nyawa.

Pelan perlindungan yang boleh diubah suai

Terima perlindungan perubatan tambahan untuk pelan sedia ada dengan mengubah suai pelan perlindungan anda.

Lindungi penjagaan kesihatan anda dengan HealthProtector.

Utamakan kesihatan anda dengan pelan perubatan yang menawarkan pilihan fleksibel melalui SmartSaver 300 dan High Deductible. Anda boleh memilih mana satu yang memenuhi keperluan anda.

SmartSaver 300

Manfaatkan fleksibiliti dengan menggunakan simpanan sumbangan anda untuk memenuhi matlamat kewangan anda dengan pilihan SmartSaver 300.

High Deductible

Dapatkan pembiayaan lebihan perbelanjaan perubatan anda sekiranya anda sudah mempunyai pelan perubatan dengan had tahunan bersamaan dengan jumlah yang boleh ditolak dengan pilihan High Deductible.

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Pembayaran

Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian sebelum tamat tempoh, manfaat berikut akan dibayar:

Jumlah Perlindungan Asas; dan

Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).

Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun.

Sehingga RM6,000 di bawah cukai insurans hayat individu. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ciri-Ciri

Fleksibel

PruBSN Setia menawarkan perlindungan sehingga umur 100 tahun dengan pilihan untuk menentukan kemampanan sijil, perlindungan dan sumbangan.

Perlindungan Tanpa Had

Pelan Perubatan dengan tiada had tahunan dan tiada had seumur hidup dan pada masa yang sama mempunyai Smart Value Point.

Boleh Dipercayai

Peruntukan tidak luput akan berkuatkuasa bagi 6 tahun sijil yang pertama.