Takaful – Pentingnya buat Penamaan

Kita mungkin sering terdengar trend terkini mengenai kempen Hibah Takaful. Ya satu pelan perlindungan kewangan khususnya sebagai wealth Protection atau pelan pengganti gaji ketua keluarga. Sememangnya hibah takaful kini menjadi satu keperluan penting dan perlu ada untuk setiap keluarga di Malaysia khususnya.

Namun suka saya ingin jelaskan disini hibah takaful yang kini menjadi bualan diluar atau di media sosial adalah nama komersial atau nama trend bagi produk Takaful atau dikenali nama lain sebagai insuran islamik dimana konsep didalam takaful iaitu Dana Tabarruk atau derma ini menjadi tunjang kepada sijil takaful.

Sebetulnya apabila adanya sijil takaful semestinya ada manfaat yang akan diberi kepada seseorang atau individu. Disini pentingnya penamaan atau nomination dibuat.

mohdarpiez.com kongsikan pentingnya penamaan didalam sijil takaful anda. Sila rujuk ilustrasi grafik dibawah.

Anda berhak menentukan siapa penama yang anda inginkan. Anda tidak perlu persetujuan penama untuk menukar nama penama atau penerima hibah lain. Ini kelebihan hibah takaful bersyarat didalam sijil takaful. Berbanding dengan hibah amanah, hibah takaful bersyarat tidak memerlukan kebenaran penama untuk menukar penama yang lain. Mudah kan!
Penama boleh lebih dari seorang.Salah satu kelebihan sijil takaful bagi mewariskan harta ialah boleh lebih daripada seorang. Contohnya jika anda ingin hibahkan kepada 10 orang penerima, ianya boleh. Tiada masalah.
Pilihan kaedah agihan atau penyerahan wang sijil takaful
Wasi bukanlah pemilik mutlak wang pampasan sijil takaful. Ramai tersalah faham dan anggap apabila penama adalah namanya, maka wang sijil pampasan kematian itu adalah hak mutlaknya 100%. Hakikatnya tidak. Ia hanya sebagai wasi atau pemegang amanah sahaja bagi membantu agihkan wang sijil mengikut bahagian Faraid.
Kelebihan hibah takaful. Inilah yang menjadi trend kini atau saranan perunding takaful kepada masyarakat. Hibah Takaful. Penamaan secara hibah takaful ini menjadi viral dan hangat diperbualkan. Kenapa begitu ? Salah satu adalahnya mekanisme hibah ini telahpun wujud selepas tahun 2013 dimana wang sijil takaful sudah boleh diuruskan atau diserahkan secara hibah. Inginkan pelan takaful secara hibah ? Hubungi saya 019.335 3455.
Terdapat kes sijil takaful dimana penamaan tidak dibuat atau penama telah pun meninggal dunia. Penting membuat penamaan dengan segera. Bagi pelanggan Prudential BSN Takaful, anda boleh hubungi saya untuk khidmat kemaskini penama sijil. klik https://mohdarpiez.com/contact/
Ok sekian sahaja dulu perkongsian pada kali ini. Sekiranya anda ingin mengetahui lanjut atau mempunyai pertanyaan mengenai pelan, atau perkara boleh hubungi saya atau klik link dibawah ya.

Ramai yang kadangkala terlepas pandang untuk membuat atau mengemaskini penama ini sehingga apabila terjadi kematian, ketika itu mungkin sudah terlambat.

Sekiranya anda ingin mengetahui lanjut dan inginkan pelan hibah boleh hubungi saya, hafiz untuk khidmat nasihat pelan yang sesuai untuk keperluan anda dan keluarga.

contact Mohd Arpiez
https://mohdarpiez.com/contact/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *